Kami Mampu Jadikan Impian Anda Satu Kenyataan..Bina Produk Kosmetik Jenama Anda Sendiri Di AGY BiOTECH.Pakar Kilang OEM

Blog

view:  full / summary

Khasiat Delima

Posted by [email protected] on June 25, 2013 at 11:25 PM Comments comments (0)

Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :

Membaikpulih fungsi hati dan limpa

Mencuci buah pinggang dan salur kencing

Membantu penghadaman

Membuang lemak-lemak berlebihan

Menambah tenaga

Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung

Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause

Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah

Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis

Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin

Mencantikan kulit

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima syurga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)

 

Rasulullah bersabda,

“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”

 

(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

 

Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahawa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandungi satu biji dari salah satu biji dari syurga. Barangkali biji ini adalah yang dari syurga itu.” (Kisah sahabat) **sumber

 

Khasiat Buah Delima Uuntuk Kecantikan

 

UNTUK mendapatkan kulit yang sihat sebenarnya amat dekat dengan diri kita. Bahan-bahan semulajadi yang sering digunakan di ruang dapur misalnya buah-buahan dan sayur-sayuran antara penawar mudah diperoleh selain menjimatkan.

 

Dari sudut kesihatan dan kecantikan, buah delima diakui kaya dengan anti oksida. Kandungan gula di dalam buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.

 

Cuba resipi skrub biji delima dan buat sendiri di rumah.

 

Bahan-bahan

Secawan biji delima

Secawan gula putih

2 sudu besar minyak (boleh gunakan minyak zaitun, sayuran, avokado atau bunga matahari).

2 titik pati minyak (pilihan)

 

Cara Membuatnya

Dalam mangkuk kecil, gaul biji delima dan gula. Tekan bahan-bahan tersebut menggunakan bahagian belakang sudu. Campurkan minyak dan kacau rata.

Biji-biji delima akan mengeluarkan haruman segar apabila dihancurkan tetapi tidak salah jika anda ingin tambah pati minyak haruman kegemaran.

Urut bahan skrub tadi pada kulit perlahan-lahan. Resipi ini cukup untuk urutan keseluruhan badan. Lebihan skrub boleh disimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk untuk tempoh sebulan.

 

Gambar buah delima

 

Selain untuk kecantikan, delima juga enak dicampurkan dalam teh yang mempunyai khasiat unik untuk kesihatan. Buah delima sememangnya dikenali untuk membantu kardiovaskular dan mendapatkan tekanan darah yang seimbang. Ia juga mengandungi sumber vitamin menakjubkan.

 

Teh delima boleh dibuat dengan menggabungkan jusnya dan teh segar yang dibuat sendiri di rumah. Terpulang kepada anda untuk memilih teh yang digemari - sama ada teh hijau atau herba.

 

Cuci bersih biji-biji delima dan tapis sebelum dikisar sehingga hancur. Berhati-hati kerana kesan delima sukar untuk dihilangkan.

 

Tapis bahan tersebut sehingga mendapatkan jusnya. Untuk mendapatkan rasa segar dan melegakan cuba campur jus delima ke dalam teh chamomile. Anda juga boleh cuba mengabungkan jus tersebut dengan pudina atau ekstrak serai.

 

Keluarkan uncang teh atau tapis minuman tersebut sebelum diminum. Terpulang kepada anda untuk mencampur sebanyak mana jus delima ke dalam minuman. Ia bergantung juga kepada teh yang anda pilih.

 

Untuk menikmati kesegaran teh delima, tambah ketulan ais dalam minuman anda. Bagi menambah keenakan, perah sedikit jus lemon, anda pasti terpesona.

 

Sambungan Fenomena Kolagen I

Posted by [email protected] on April 24, 2013 at 12:00 AM Comments comments (0)

FUNGSI KOLAGEN

 

menghasilkan asid amino penting seperti :

lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.

Hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.

Alanin, Prolin dan Asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.

Arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.

mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.

melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .

menegang,menganjal dan melembapkan kulit.

menampung air dalam tubuh.

meningkatkan penyerapan kalsium.

menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit

meningkatkan isyarat induksi

menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

 


KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

 

memelihara ketegangan dan keanjalan kulit

memelihara kelembapan kulit

menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang

menguatkan otot dan tulang

membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)

memelihara kelenturan sendi

mengurangkan keradangan(inflammation)

memberi tenaga

membantu pola tidur

memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

 


KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

 

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

 


TANDA TANDA PENUAAN

 

>kulit kusam

>tak bermaya

>tiada seri

>kulit kedut dan mula kendur

>pigmentasi kulit

>cepat letih dan lesu

>sakit badan dan sendi

>mudah lupa

>kurang penglihatan

Fenomena Kolagen

Posted by [email protected] on April 23, 2013 at 11:50 PM Comments comments (1)

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

 

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

 

Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

 

Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

 

Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

 

Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


Rss_feed

Google Translator

LIKE Facebook Fanpage